Penulisan Dr. Muhd Kamil Ibrahim telah berjaya membekas di hati pembaca. Bukan setakat membaca, malah telah berjaya mengubah cara fikir dan bertindak ramai di antara mereka. Buku-bukunya dibaca oleh berjuta-juta manusia. Malah, buku 'Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman' telah dibaca oleh lebih sejuta insan. E-book ini mengupas gaya penulisan Dr. MKI yang melariskan buku beliau. Perbandingan antara penulisan Dr. MKI dan Surah Yusuf juga dibentangkan. E-book ini perlu dimiliki oleh semua penulis.