Buku ini merupakan kesinambungan dari Buku Kajian Tindakan Pendidikan : Prinsip dan Paradigma (Siri 1) yang akan amat membantu guru memahami dan melaksanakan kajian tindakan. Penulis telah membangkitkan pelbagai persoalan yang penting dalam memberi petunjuk kepada pengkaji mengenai kajian tindakan. Selain itu, penulis juga menyisipkan contoh-contoh yang senang difahami, persoalan yang perlu difikirkan semasa melaksanakan kajian tindakan. Penerangan tentang refleksi dan cara melaksanakan refleksi diberikan. Bahasa yang digunakan mudah di faham secara keseluruhan. Diharap buku ini akan membantu meningkatkan pengetahuan dan amalan penyelidikan dalam kalangan guru dan seterusnya meningkatkan profesionalisme guru.