Sebuah e-buku adaptasi kisah sebenar. Terbang Si Swan mengisahkan perjalanan seorang ibu tunggal, yang pernah tenggelam dalam luka perkahwinan toksik. Trauma, pengkhianatan, dan kehilangan hampir memusnahkan segalanya, termasuk keyakinannya kepada cinta, kepada manusia, dan seketika... kepada Tuhan. Cerpen ini bukan sekadar kisah pemulihan. Ia adalah seruan lembut untuk semua wanita yang pernah diuji bahawa luka bukan penamat, dan bahagia masih ada... walau lambat tiba.